Vaksin COVID-19 | Siasatan dakwaan potong giliran selesai

2022-03-23 0

Kertas siasatan berhubung paparan di laman sosial yang mendakwa berlaku cubaan memotong giliran bagi suntikan COVID-19 oleh kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan, telah pun diserahkan kepada pendakwaraya.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, siasatan hampir selesai dan terserah kepada pihak pendakwaraya untuk tindakan lanjut.